Mee Udang Salleh Stall Kuala Sepetang, Meletop!

Mee Udang Salleh Stall Kuala Sepetang, Meletop!
Bab makan saya minta anda jgn tumpu pada satu tempat atau kedai yang femes saja. Pergilah explore lebih sedikit. Saya nak cadangkan kedai makan ini iaitu Salleh Stall. Jgn pandang tak ada mata kedai ni sudah dua generasi dan mula dibuka pada tahun 1956 di sini. Menu utama memanglah mee udang tapi yg best hampa boleh oder mee udang dia dari breakfast. Ya org Port Weld breakfast dgn mee udang bukan mcm hampa makan hampas oat.

Kuala Sepetang tidaklah seboring yg disangka. Banyak aktiviti menarik yang boleh dibuat selain dari makan mee udang mak jah yang femes tu.

Di sini saya perturunkan sebuah lokasi rahsia mautku utk sesi makan-makan di Kuala Sepetang. Jarang aku kongsi rahsia mcm ini. Jadi baiklah hampa print screen sebelum aku berubah pikiran.

Tapi aku tak oder mee udang masa breakfast sebab dah makan breakfast kat hotel. Jadi aku pun oder jer lah cucur udang sebab dah duduk tak sedap lah duduk saja-saja kat kedai orang. Cucur udang ni aku rasa antara yg tersedap sebab lembut, tak tebal dan penuh dgn isi udang. Kalau tak sedap jumpa aku nanti aku refund balik duit hampa. Kos makan cucur udang, taukua dan kopi o ini hanyalah RM3.5. Hampa p cari kat KL harga ni.
Hampa tengok udang di besar kuali kot. Harga mee udang semurah RM6 dan special RM 16 and still affordable dibandingkan Penang yang RM27
Tak percaya aku kasi close up sikit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *