REVIEW Sekeping Kong Heng, Ipoh

REVIEW Sekeping Kong Heng, Ipoh

Bagi peminat ‘benda-benda’ pelik, rasanya hotel ni sangat sesuai dengan anda yang berjiwa sedemikian.Lokasinya terletak bersebelahan dengan Plan B, Ipoh. Mula-mula tak terfikir langsung nak check in, tapi bila tengok kaunter reception dia pun dah terlampau rare, terus terdetik nak stay.

Namanya Sekeping Kong Heng, penjaga bangunan ni namanya Sani, orang Myanmar. Baik! Sebelum kami nak check in, kami minta dia bawa ke semua bilik yang ada. Serius di layannya kami, baik sungguh.


Bilik yang kami pilih namanya 7 o’clock. Siap ada tingkap besar boleh bukak dan nampak pokok, bangunan lama dan balkoni dia wallaweh, bukan biasa-biasa punya balkoni. Paling best, ada dapur, ada peti, dan ada ketuhar. Boleh masak sendiri lagi. Fuuhh! 


Setiap satu benda dalam bilik ni memang unik. Dari kepala paip sampailah ke katil.
Tempat ni sangat sesuai untuk yang nak cari idea dan siapkan kerja sambil berehat, malam-malam korang boleh bukak tingkap atau pintu bilik tu seluas-luasnya dan tengoklah langit sambil baring dari katil.


Bila waktu malam, bangun pagi, anda akan dengar bunyi burung, bunyi pokok. Alahai!
Ada bilik untuk 8 orang pun yang boleh duduk dalam kaca, dan lagi menarik, swimming pool dia sangat vintage! Dan ada tempat melepak untuk tengok tv secara berjemaah.
Apapun, stay dekat sini adalah pengalaman paling best dan pastinya kami akan datang balik wahai Sekeping!


Ipoh sangat awesome!

Dah lah, banyak-banyak gambar pergi ambik sendiri! wek!

Kredit: Nadia Tottoro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *