10 Perkara Unik Di Perlis

10 Perkara Unik Di Perlis

Malas nak cerita pasal Taman Ular atau Laksa Kuala Perlis, atau Restoran Anjung Keli, dah terlalu cliche sangat. Kali ni saya nak berkongsi 10 perkara yang pelik, aneh atau anda rasa huarghhhhh kenapa macam ni, tapi sebenarnya ia sangat unik dan menarik dan akan hanya ada di Perlis.

1. Walaupun anda baru mandi 2 saat yang lalu, atau duduk dalam hotel yang pasang aircond sejuk macam kutub utara, apabila anda keluar saja peluh terus berderai membasahi celah ketiak dan kelengkang anda kerana cuaca di Perlis sangatlah panas. Don’t worry, kalau tak ada hujan pukul 6 petang pon masih berbahang walaupun matahari dah sipu sipu nak terbenam.

2. Kalau di Kedah anda terasa perlukan water heater kerana airnya yang sangat sejuk, tetapi di Perlis air paipnya sentiasa rasa suam suam kuku panas, ala ala natural water heater. Ini kerana air yang disalirkan melalui paip besi terkesan daripada haba panas di Perlis. Mungkin tak lama lagi akan dicipta water cooler pulak hanya di Perlis.

3. Ketika anda memandu kereta anda tidak perlu tergesa gesa dan mestilah menikmati suasana pekan di Perlis yang damai. Paling penting ketika membelok kenderaan anda akan dapati style orang orang Perlis adalah akan memperlahankan kenderaan sehingga 5 kilometer sejam sambil membilang bermula satu hingga sepuluh semata mata untuk membuat satu belokan kecil. Enjoy your time!

4. Sekiranya anda seorang yang rajin cubalah solat subuh berjemaah di Masjid dan anda akan dapati tiada Doa Qunut dibacakan. Doa Qunut di dalam solat Subuh hilang selepas melepasi sempadan Kedah Perlis dan akan ada semula setelah memasuki Satun.

5. Satu lagi anda akan terasa seperti di Masjidil Haram ketika menunaikan solat berjemaah di masjid masjid sekitar Perlis. Ini adalah kerana setelah selesai bersolat, imam tidak akan membacakan sebarang doa dan tiada zikir seperti amalan amalan biasa di tempat lain.

Untuk peminat western food jangan lupa tau mai Secret Cafe dekat Kuala Perlis sebelah Komalaut.

6. Ketika anda ingin mengeluarkan wang di ATM anda boleh membawa kerusi lipat dan buku untuk dibaca. Average untuk cucuk duit khususnya di cawangan ATM tumpuan adalah 20 minit. Setelah sampai giliran anda barulah anda perasan yang lambat bukanlah mesin ATM tersebut tetapi rupa rupanya orang orang yang nak cucuk duit tadi. Katanya orang disini sangat pentingkan bahasa maka mereka akan mengeja setiap baris arahan di skrin supaya tiada kesalahan ejaan.

7. Jangan risau, ketika di Perlis anda akan terlewat 5 minit untuk setiap apa jua perkara yang sedang berlaku kerana internet agak lambat dan kadang kadang langsung tiada coverage line. Kalau nak tengok FB atau Instagram dekat phone tu baik makan kuaci sekali sementara nak loading.

8. Walaupun anda di Perlis anda akan terasa seperti di bandar utama dunia terutama sekali ketika berada di Mc Donald Kangar. Anda dapat melihat ramai orang orang luar seperti Arab, Rusia dan Mat Saleh. Mereka adalah pelajar antarabangsa yang mati kutu kerana hanya Mc Donald sahaja tempat yang paling sesuai untuk lepak tengah tengah malam.

9. Walaupun Perlis dihujung dunia Semenanjung Malaysia tetapi Perlis mempunyai banyak kedai dan cafe yang menarik dan hipster serta makanan yang sedap sedap. Antaranya Blackwood di Kangar dan yang terbaru adalah Foodmarket Community Project Shop yang sangat trendy dan hipster di Kuala Perlis.

10. Walaupun Giant telah dibuka di Perlis, tetapi C Mart tetap jua dihati rakyat Perlis.

Lastly dah terlebih ke sebelas…… kalau anda kenal sorang saja orang Perlis anda akan terus jatuh cinta dengan Negeri Perlis kerana orangnya sangat sopan santun dan baik baik.

 

Wayang Gedek Pak Suparman at @foodmarketmalaysia

 

Kredit to: Husam World Blog 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *