5 AKTIVITI MENARIK YANG ADA DI BALIK PULAU

5 AKTIVITI MENARIK YANG ADA DI BALIK PULAU

Siapa kata Balik Pulau ada durian sahaja? Balik Pulau lebih dari Durian. Banyak benda yang best boleh buat di Balik Pulau. Cuma mungkin ramai yang tak tau. Jadi hari ni aku nak tunjuk 5 benda yang boleh dibuat kat Balik Pulau.

  1. Berjalan Dalam Hutan Paya Bakau

Yang ni rare dan mungkin ramai yang tak tau. Balik Pulau ada jalan masuk ke Hutan Paya Bakau. Kat mana tu? well tempat ni dekat dengan Pantai Malindo. Cari kat Waze dan sampai.

Boleh la berangan mcm dalam Diwale kejap. Ahaks

2. Naik ATV Mengembara Balik Pulau 

Ada ATV kat Balik Pulau? Yeah. Memang ada dan harga pun murah lah RM80 saja. Boleh jalan-jalan tengok sawah padi, tengok pantai, paya bakau dan village people!

ATV ini dikendalikan oleh satu syarikat. Kalau nak tau lebih boleh tengok facebook: ATV 

 

3. Jalan-Jalan atau berbasikal  Tengok Suasana Kampung 

Suasana Kampung di Balik Pulau memang best. Boleh tengok rumah kampung yang cantik-cantik dan menarik. Kalau penat berenti saja beli air ataupun makan laksa lalalala. Jangan risau orang Balik Pulau baik-baik. Depa tak makan orang, depa makan nasi.

Kalau nak cari tempat sewa basikal banyak jer ada di Balik Pulau ni. Salah satu kami cadangkan Audi Homestay 

 

Mat dan Minah salleh ni dok jalan-jalan naik basikal di Balik Pulau.

4. Belajar Naik Kuda di Tepi Sawah Padi

Countryside Stables Penang kat sini boleh naik kuda ataupun belajar naik kuda. Kalau tak pun nak buat wedding photoshoot pun bagus juga. Bukan saja kuda ada juga binatang lain mcm Kaldai, Rusa dan mcm -mcm  lagi.
Bayaran masuk dikenakan iaitu RM 5 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak dan dibuka setiap hari dari jam 3.00 petang hingga 7.30 malam.
Kalau rasa nak bawa anak-anak ni alamat dia:
Lot 603 Jalan Hilir Sungai Burung,
Kampung Jalan Baru,
Balik Pulau, Pulau Pinang
No. Tel: 012-4080678/0124871107
Kudaku lari gagah berani.
Teruja.
Adeh gatal tengah belakang pulak.
Acah-acah Snow White..

5. Ladang Burung Merpati Terbesar di Pulau Pinang

Burung merpati ni rupanya ada orang bela. Bukan setakat burung merpati yang ada di tepi jalan saja tetapi diimport dari seluruh dunia dan ladang ni ada di Balik Pulau iaitu di Audi Dream Farm . Bukan setakat Burung Merpati kat sini juga ada banyak burung dan binantang lain mcm rusa.

Nak main petik-petik sayur pun ada. Tapi tanya dulu lah. Jangan main petik nanti kena petik.

Working Hour :
Tuesday – Friday 8:30am to 6:00pm
Saturday – Sunday 8:00am to 6:00pm
Monday Off
Public Holiday Monday open from 8:30am – 6:00pm
We closed on 7th, 8th February 2016.

Kalau tak jumpa call 012-499 9099

Boleh bagi makan burung.
Bunga-bunga matahari lalaaalala
Eee Arnab. Eee Manusia.

Kredit gambar:

Nadia Tottoro 

Audi Dream Farm 

Titi Teras Village House 

Countryside Stables Penang

6 Comments


  1. Pantai Malindo tu dekat dengan sungai rusa kan?

    Reply

    1. Tak Pantai Malindo di Kuala Sungai Burung.

      Reply

  2. Saya baru je pegi Audi Dream Farm minggu lepas.. sesuai bawak budak-budak sebab boleh experience sendiri bagi makan kat haiwan.. makanan haiwan satu bundle RM9.00 untuk semua jenis haiwan. toksah la bawak budak-budak pegi beach street, dah la panas terik, parking susah, jalan sesak, bawak pulak basikal tayar 4 block jalan orang lain, bahaya nanti kena gilis lori.. toksah masuk town langsung ye.. dengarlah nasihat saya

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *