Apa Aktiviti Di Kuala Sepetang?

Apa Aktiviti Di Kuala Sepetang?

Kuala Sepetang terletak 6km dari Taiping. Exit paling mudah adalah Taiping Utara dan nampak terus signboard ke Kuala Sepetang/Larut Matang.

Apa nak buat kat Kuala Sepetang?

1. Naik boat cari dolphins. Ya di sini jika bernasib baik anda akan dapat lihat dolphins, kalau lagi luck dapat tengok memerang tangkap ikan sekali. Kos sekitar RM30 dewasa.

2. Makan. Makan di sini tak susah. Ada banyak pilihan makanan seperti mee usang mak jah dan berpuluh-puluh lagi gerai mee udang sepanjang jalan. Saya hanya rekemenkan Samad Stall. Tanya orang kampung akan tahu mana dia Samad Stall ini. Kalau pergi hari Sabtu jalan nak ke kuala ini ada pasar malam kecik. Try sate dia fuhh nipis dan tipis serta garing.

3. Malam ada boat untuk tengok kelip-kelip di pokok berembang. Perjalanan dalam 20 minit dan kos sekitar RM25 seorang dewasa. Quite interesting untuk bawa anak-anak kenali kelip-kelip.

4. Dapur Arang. Dapur arang adalah satu lagi perusahaan Masyarakat di Kuala Spetang. Anda boleh masuk dan lihat sendiri cara membuat arang dari pokok bakau.

5. Muzium Kota Ngah Ibrahim
Muzium ini menarik dan cantik. Anda patut datang sendiri utk mengetahui sejarah Larut Matang. Tahukah anda Larut mendapat nama dari seekor gajah? Di sini jugalah Dato Maharajalela dijatuhkan hukuman bunuh kerana membunuh JWW Birch yang sedang mandi. Siapa sebenarnya yang membunuh Birch? Anda akan tahu ketika ke sini. Masuk percuma.

 

2 Comments


  1. Menarik, nanti nak pergi dgn hubby bila dah dapat duit resedu’g!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *