Jangan Pergi Perlis, Bukan Ada Apa!

Jangan Pergi Perlis, Bukan Ada Apa!

Jangan pergi Perlis, negeri tu bukan ada apa. Serius tak ada apa pun! Perlis negeri paling kecil di Malaysia sehari pusing dah habis satu negeri. Kalau ada pun takat benda ni jer lah:

  1. Perlis takat ada kedai makan dalam hutan Nipah. Tempat lain tak ada. Perlis jer yang ada. 

 

Lokasi: Ladang Nipah Kipli, Kuala Sanglang Perlis.

(Makanan Bihun sup memang meletop dan paling femes Air Nira Nipah fresh dari ladang dan minum dalam ladang. Kalau nak ke sini telefon dahulu 017 430 6245)

2. Perlis ada laksa Kuala Perlis yang dimakan bersama pulut udang. 

Mana ada di negeri lain makan laksa dengan pulut udang. Serius dengan pulut udang.

(Kedai Laksa paling feveret orang ramai adalah Laksa Kak Su. Kredit gambar kepada Saif Ar Rahman facebook. )

3. Nasi Ulam Perlis

Kalau Kelantan ada Nasi Kerabu, Perlis pun ada juga Nasi Ulam Perlis atau juga dikongsi dengan nama Nasi Ulam Utara disebabkan rasa yang hampir sama di negeri-negeri utara Semenjung.

Nasi ulam ni lazimnya dimakan ketika bulan puasa. Tak sah la kalau orang Perlis tak makan Nasi Ulam bulan Ramadan.

4. Kilometer 0 Kangar??

Ini memang aku confuse, apa yang menyebabkan Kangar ada kilometer 0. Selalunya di negara lain kilometer 0 diukur jarak permulaan sesebuah jalan negara tersebut. Bagi Malaysia kilometer 0 di Pejabat Pos Johor Bharu. Tapi kenapa pulak ada di Perlis? aku confuse. Tapi tak apa inilah aku cakap jangan datang Perlis sebab ada benda pelik.

(Gambar kredit Husam Wa’sa)

5. Lamb Shank Tersedap di Malaysia 

Pernah cuba Lamb Shank tersedap di Malaysia? ya website ini mengiktiraf Lamb Shank Tersedap di Malaysia di Perlis iaitu di Blackwood Cafe Kangar. (Kangar sahaja yang lain tak sedap) Untuk ke tempat ni sila ke facebook Black wood Kangar. 

 

6. Pasar Tani (Nat) Dalam Pokok Getah.

Ladang getah selalunya tak ada orang masuk apatah lagi buat pasar tani. Tapi di Perlis pasar tani ini paling menarik dan rasanya tiada di Malaysia melainkan di Perlis sahaja. Pasar tani ataupun dikenali sebagai nama Nat Pagi  oleh penduduk Perlis ni terletak di Pauh. Ada banyak benda yang menarik dan pelik yang dijual di sini. Mungkin harga di sini jauh lebih murah daripada Kuala Lumpur. Kalau nak pergi cari pakai waze “Pasar Pagi Pauh” mesti sampai.

Mcm ni lah suasana di Pasar Tani Pauh dalam ladang pokok getah.
Nah gambar lagi clear depa meniaga dalam pokok getah.
Sapa kata Perlis tak maju, kat Nat ni ada barang IKEA tau. Orang Perlis pakai barang IKEA untuk hias rumah. main-main ka.

7. Masjid al Hussain, Kuala Perlis 

Masjid ini pernah dipuji oleh Prof. Dr. Tariq Ramadan, Pensyarah Islam di Oxford University. Masjid negeri hampa ada ka Tariq Ramadan puji? Artikel pujian tu masuk juga dalam akhbar Gulf News akhbar paling berpengaruh di Negara Arab Teluk.

Katanya:

This mosque is ultimately far more “modern” than all the blind mimicry of American models. Our task, after all, is to consider the ethical principles and the technical capacity available to us in our day, while not for an instant forgetting the ethical principles that underlie diversity and the environment itself. Our task is to provide modernity with a soul, to breathe life into spiritual and humanist creativity. What a pleasure to pray in such a mosque: one senses the encounter of intelligence and creative imagination. From Perlis, far from the skyscrapers of Kuala Lumpur, flows the intuition that the “floating mosque” may well be the symbol of Muslims’ greatest contribution to an era in search of meaning: To express its specificity in universal terms, in full respect of pluralism and to respond in full awareness and with all necessary expertise, to the challenges of our time.

Link untuk bacaan penuh di sini.

Ini Dome Masjid Hussain, mungkin kerana ini antara sebab Prof. Tariq Ramadan sangat tertarik dengan masjid ini.

8. Magnificent View of Wang Kelian 

Korang tau tak kenapa Perlis ada mengelarkan-nya Indera Kayangan. Aku yakin penuh sebab view ni lah Perlis dapat nama Indera Kayangan. Korang akan lihat satu view mcm atas kayangan. Perlis ni sebenarnya sesuai sangat untuk kaki hiking dan kebanyakan cerun hiking di sini mencabar dan belum diterokai. Kalau nak try nanti aku cadang bukit-bukit di Perlis yang menarik untuk kaki hiking!

(Gambar kredit Yong Mal)

IMG_0742 .......Wang Kelian, Kaki Bukit, Perlis.

IMG_0744 .......Wang Kelian, Kaki Bukit, Perlis.

IMG_0745 .......Wang Kelian, Kaki Bukit, Perlis.

 

9. Foodmarket Perlis 

Foodmarket ni sebuah laman web yang femes selalu masuk tv, surat khabar dan majalah. Foodmarket ni jual barang dan produk kampung hinggalah produk international mcm Harrods. Nak tengok boleh ke laman web www.foodmarket.com.my . Sekarang Foodmarket dah buka satu kedai sendiri di Perlis iaitu di Kuala Perlis. Boleh tengok di facebook Foodmarket Perlis. Kenapa Foodmarket pilih Perlis untuk buka kedai pertama mereka?  aku sendiri pun tak faham. Kan dari awal aku cakap Jangan Pergi Perlis sebab Perlis tak ada apa pun (hurmmm)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *