REVIEW : Cantiknya Bon Ton Resort Langkawi

REVIEW : Cantiknya Bon Ton Resort Langkawi

Kali ini aku pergi Langkawi setelah hampir 5 tahun tak ke sana. Langkawi sebenarnya sangat cantik dan banyak aktiviti boleh dilakukan di sana. Tapi kali ini aku nak tunjuk cantiknya Bon Ton Resort yang terletak di Pantai Chenang.

Kalau biasa pergi ke China House di Penang tu, maka nak bagitau taukeh dia orang yang sama iaitu Mat Salleh Australia.

Tips nak dapat bilik murah aku cadangkan pergi masa low season. Bulan Mei selalunya low season dan pergi hari weekdays. Weekends semua harga naik balik.

Kalau nasib baik dapatkan dalam RM 400++ semalam di sini. Sapa-sapa nak honeymoon atau anniversary boleh lah! 

Ini salah satu daripada Resort yang ada berkonsepkan rumah lama masyarakat Cina di Malaysia.
Ini pulak rumah Melayu indah sekali dengan swiming pool. Kat sini ada 3 swiming pool.
Ini kira mcm main building. sebab di sini ada reception utk Tample Tree Resort iaitu resort sebelah Bon Ton tapi kira satu kawasan. Nama jer lain.
Ini bangunan Kolonial Building. Kalau nak tempah sini memang kena tempat satu rumah terus. Cantik dan menarik sebab dekat dengan jalan raya.
Ini Swimming Pool ke dua yang ada di Bon Ton.
Kasi close up sikit swimming pool ni.
Ini bilik yang aku tinggal. Dalam rumah ni ada 3 bilik dan semua di tingkat atas. Tingkat bawah ada kerusi utk relex.
Ni lah kawasan relex di bilik aku tingkat bawah.
Ini ruangan dalam bilik. Apa mcm?
Bilik air ada bath tap tapi kayu. Punya la classy
Swimming Pool ke tiga di Bon Ton.
Salah satu rumah penginapan. Fuuh
Bila datang sini rasa mcm duduk di satu kampung Melayu pulak!
Ini memang paling best. Bapak best!
Saja close up sikit ukiran kayu ni.
Ni kawasan kafe waktu pagi.
Nak relex kat sini pun boleh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *