Aceh Indonesia: Apa yang Menarik? Siri 1

Aceh Indonesia: Apa yang Menarik? Siri 1

Aceh sebuah negeri dalam Indonesia dan terletak di hujung sekali Indonesia. Aceh pernah mengalami jatuh bangun nya yang tersendiri. Pernah menjadi kerajaan Islam yang terkuat di rantau ini dan digeruni oleh lawan. Zaman keagungan Aceh ketika Sultan Iskandar Muda Thani. Di zaman itu Aceh ada meriam sendiri untuk lawan penjajah. Mereka juga mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan Turki Uthmaniyah. Ok stop bab sejarah sekarang kita cerita pasal apa yang boleh dilawati di Aceh.

Mula-mula kita kena tahu bagaimana cara nak ke sana. Aku pergi dengan naik flight fireflyz dari Penang. Harga waktu tu murah sekitar RM 199 jer seorang. Lepas tu aku cari maklumat dan tempat penginapan. Aku plan 3 hari dua malam jadi aku nak tidur di Banda Acheh semalam dan di Pulau Weh satu malam.

Untuk di banda Aceh banyak hotel yang ada dan murah. Aku pilih di Hotel Sulthan untuk di Banda Aceh dan Casanemo di Pulau Weh. Kos penginapan anggaran bajet sekitar RM 150 jer semalam.

Lepas punya cari-cari aku akhirnya memutuskan untuk hari pertama terus ke Pulau Weh dan Hari kedua bermalam di Banda Aceh.

Ini itinerary first day.

Hari Pertama

Aku sampai di Aceh dah masuk tengah hari jadi apa lagi ke Kedai Makan lah- Kat kedai makan ni aku oder benda paling rare di Aceh dan wajib untuk rasa iaitu Ayam Tangkap.

Ni lah rupa bentuk ayam tangkap. Nama Ayam Tangkap ni mungkin sebab nak dapatkan kena selak daun-daun yang ada. Rasanya memang sedap bro!
Nilah rupa kuliner masyarakat Aceh. Tak banyak beza dengan kuliner masyarakat lain di Sumatera. Ada rupa mcm kuliner Padang juga.
Ini air mentimun. Air Timun ni rasanya memang wajib try lah. Sebab rasanya sedap dan menyejukan badan. Serius tak rasa mentimun pun.
Kedai ni terletak di tepi jalan antara Airport dan Banda Aceh. Mudah nampak. Aku rekemen kedai ni sedap dan murah. Tiga orang makan baru RM20.

Lepas makan aku minta driver bawa ke Masjid Raya Baiturrahman untuk solat Zohor dan Asar. Kebetulan masjid tengah renovate. Jadi tak dapat la view yang cantik dan menarik.

Inilah kebanggaan masyarakat Acheh sebab Masjid ini didirikan sejak zaman pemerintahan Sultan Iskandar Thani pada tahun 1612. Tahun 16 kot.
Aku suka gambar ni sebab warna lantai sama dengan warna baju mamat ni.

Habis solat dan bergambar di Masjid Baitul Rahman aku terus di bawa ke Museum Tsunami.  Aceh dilanda tsunami paling teruk pada tahun 2004. Masa tu aku ingat lagi Penang pun kena tsunami sampai jalan di Tanjong Tokong semua penuh dengan lumpur dan kayu. Tapi tsunami di Aceh jauh lebih parah banyak yang terkorban dan hilang tak dijumpai.

Muzium ni dibuat jalan naik ke atas dan rasa lah kepenatan. Sebenarnya arkitek mereka bentuk bangunan ini ingin supaya kita merasai kejatuhan masyarakat aceh dengan tsunami mereka akan tetap berusaha bangun sekalipun penat untuk mendaki kehidupan ini. Di atas tu adalah bendera negara-negara yang menghulurkan bantuan. Bendera Malaysia pun ada jugak.
Ini dipanggil Chamber of Bless. bilik ini menghimpunkan nama orang yang terkorban dalam tsunami. kemudian di atas sekali ada nama Allah. Metaforanya walaupun mereka terkorban namun mereka tetap dalam pemerhatian Allah kerana Allah kan maha pengasih dan penyayang.
Cantik dak? Corak ini diilhamkan dari tarian orang Aceh yang menunjukan kerjasama dan kebersamaan. Tarian ini tak boleh dibuat kalau tak ada kerjasama semua penari. Maknanya untuk Aceh bangun kembali kita mestilah bekerjasama.

Selesai di Muzium Tsunami aku pergi ke Jetty untuk ke Pulau Weh atau dipanggil Sabang sebab nama pekan dia Sabang tapi pulau tu nama Pulau Weh. Pulau Weh ni best gilo sebab cantik dan superb! Sampai di Pulau Weh kami di bawa ke tempat ini dipanggil I Love Sabang.

I Love Sabang ni adalah monumen hasil sumbangan Bank Nasional Indonesia.

 

Sampai di Sabang kami terus ke tempat penginapan di Casanemo yang terletak di Pantai Sumur Tiga. Pantai ini adalah yang paling cantik di Pulau Weh.

Ni antara tempat yang paling wajib ambik gambar bila sampai di Casanemo.

 

Ada pondok kat Casanemo ni.

 

Bersambung dengan snokerling di Iboih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *