Aceh Indonesia: Apa Yang Menarik? Siri 2

Aceh Indonesia: Apa Yang Menarik? Siri 2

Hari ke Dua 

Ke Kilometer 0

Pagi tu kami terus ke Iboih untuk aktiviti snorkeling. Tapi sebelum tu kami singgah sekejap di Kilometer nol atau kosong/sifar dalam bahasa Indonesia. Kilometer nol ni kira kebanggaan masyarakat kat Pulau Weh ni sebab ni lah permulaan pengiraan jarak Indonesia iaitu sifar. Sebab tu lah kalau orang Indo sebut “dari Sabang sampai Merauke” yang bermaksud dari utara sampai selatan. Macam kita kot dari Perlis sampai ke Sabah lebih kurang.

Ini lah monument Kolimeter nol Indonesia.

Perjalanan dari Casanemo ke Kilometer nol ni agak lama dengan kenderaan. Aku anggarkan sekitar 30-50 minit juga lah. Tapi jangan risau sebab Kilometer nol ni dah dekat dah dengan Iboih tempat snorkeling tu.

Ke Iboih

Untuk ke Iboih kena ke Pantai Rubiah dahulu. Di sana lah kita boleh berurusan dengan penduduk tempatan yang menjalankan perniagaan kat sana. Di situ kita boleh sewa peralatan untuk snokeling dan juga gopro (gopro China). Untuk peralatan boleh disewa dalam kadar RM 40 sahaja kos upah bot untuk ke Iboih pula dalam RM 10. Perjalanan dari Pulau Rubiah ke Iboih ambik masa dalam 10 minit atau kurang. Dekat jer boleh nampak pun Iboih tu.

 

Ini pemandangan pantai dekat Pulau Rubiah. Dah cukup bersih dan pantai yang gebu. Tak sampai Iboih lagi.

 

Tengok lah air tu punya lah cantik dan bersih!
Nah nak bagi percaya lagi.
Dah tak sabar nak snorkeling dah tu!
Tengok lah ikan-ikan ini sangat manja dan boleh sentuh pegang! Jangan lupa bawa meggi untuk bagi makan pada ikan-ikan ni baru dia datang kat kita.
Budak ni dah letih dah nak snorkeling rehat jap
Tengok lah berapa ramai orang kat situ. Yang paling bagus air dia tak panas sejuk jer. Serius air laut tu sejuk.

Jalan-Jalan di Sabang

Selepas selesai 3 jam di Iboih snorkeling kami pun balik dan sempat singgah jalan-jalan di sekitar Sabang. Pulau ni kecik tak ada banyak kereta senang nak jalan. Kalau nak boleh naik moto roda tiga. Boleh naik dua orang pusing-pusing jalan kat Sabang. Cuaca masa pergi tak lah panas sangat so ok lah nak jalan-jalan.

Sebelah kiri tu lah Iboih dan kanan tu pulau lain pulak.
Lalu dekat suasana pokok kelapa ni memang syahdu.
Kami singgah solat di masjid hijau kuning ini. Memang Kedah habis lah!
Apa erti agama? agama ertinya mendamaikan hati menenangkan fikiran.
Aku terpegun dengan ukiran kayu. Halus dan berseni.
Perangai aku suka ambik gambar kubah!
Ni pulak surau lama kat sebelah masjid nampak cool.

Siri selanjutnya Banda Aceh!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *