Aceh Indonesia: Apa Yang Menarik? Siri 3

Aceh Indonesia: Apa Yang Menarik? Siri 3

Selepas balik daripada Pulau Weh kami terus check in kat Hotel Sulthan di Banda Aceh. Hotel ini terletak di tengah-tengah kota Banda Aceh ni. Lokasi memang sesuai kalau nak jalan kaki malam-malam nanti. Bilik agak luas dan bersih cuma mungkin hotel ni lama ada lah bau lama tu. But so far ok lah.

Inilah bangunan Hotel Sulthan tu. Pekerja di sini pun baik-baik dan mesra.

Disebabkan keletihan di Sabang kami pun tido dan ubah jadual. Pukul 5 baru bangun untuk keluar jalan-jalan waktu malam. Basically kat Banda ni tak banyak lah benda yang boleh dibuat melainkan lepak dan makan. Kat mana tempat lepak? Well aku cadang tempat ni untuk coffee.

 

Lepas lepak kat kedai ni aku pun pergi lah ke Banda untuk cari-cari barang. Nak kata survenir banyak tak lah sangat kat Aceh ni. Benda biasa jer lah mcm key chain dan fridge magnet. Kat Pekan Banda ni pun ada gak kafe tapi yang pelik kat Aceh ni hippster tu maksudnya Dim Sum. Semua kafe hippster mesti ada Dim Sum. Aku pun tak faham apa kaitan Dim Sum dengan hippster.

Makan malam pulak aku cadang ke Mee Aceh Rajali. Tanya jer orang tempatan mesti tahu kat mana lokasinya. Ada mee aceh (mee goreng sebenarnya) rasanya tak lah sama sangat dengan mee goreng Malaysia.

Ini makan malam kami. Nasi goreng dan memang sedap.
Macam ni lah nasi goreng tu digoreng. Punya lah banyak sekali goreng.

Seterusnya hari last di Banda Aceh. Next.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *