Pattani Dari Sisi Lain

Pattani Dari Sisi Lain
SONY DSC
Salah sebuah Masjid di Pattani yang boleh di lihat di tepi jalan.

Pattani, kalau hampa dengar nama pun dah naik seriau dah kot. Jangan risau Pattani tak lah mcm yang ada dlm gambaran kepala otak hampa. Bom mengebom menang ada tapi tak selalu. Bila? Aku pun tak tau.

Kalau dari Bukit Kayu Hitam ada dua jalan ke Pattani. Satu jalan menuju ke Hat Yai tapi perlu kona kanan selepas Balai Polis Tha Pho. Perjalanan ambik masa dalam 2-3 jam sahaja. Satu lagi jalan dari Bukit Kayu Hitam ke Na Thawi dan terus sampai ke Pattani. Jalan ni best sebab tepi laut. Boleh tengok pantai sepanjang perjalanan.

Biasanya Setiap 1-2 kilometer akan ada check point tentera Siam. Mereka hanya akan tahan kalau mencurigakan. Kalau tujuan baik tak gaduh lah.

Kat mana nak tidur di Pattani? Well aku hanya tahu CS Pattani Hotel saja. Yang lain aku tak tau… Dan aku yakin tak ada pun hotel lain. CS Pattani Hotel tak lekeh. Hotel dia mcm 4 star di Malaysia. Siap ada cafe yang standart makanan Thai mewah di KL kot tapi murah berpuluh kali ganda dari KL.

SONY DSC
CS Pattani Hotel

 

Aku cadang hampa try makanan Pattani tapi jangan lah asyik makan tom yam ja. Try yang lain. Banyak lagi pilihan yang ada such as nasi minyak Pattani. Perghhh.

SONY DSC

Di Pattani kalau boleh luangkan sikit masa berjalan-jalan di pasar pagi. Ada banyak benda pelik boleh jumpa. Lagi menarik kalau dapat pergi ke kedai burung. Di sini ada banyak orang buat sangkar burung dan cantik-cantik.

Pattani bukan boring cuma memang tempat ni sangat relax dengan masyarakat dia pun relax sekali. Banyak masjid dan Istana lama untuk dilihat.

 

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC
Permandangan Bandar Pattani dari atas CS Pattani Hotel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *