Pulau Seratus: Syurga Untuk Semua

Pulau Seratus: Syurga Untuk Semua

DCIM100GOPROG0093955.

Apa lebihnya Pulau Seratus dibandingkan dengan tempat lain? Pulau Seratus sebenarnya bukanlah sebuah pulau di laut tetapi dalam gugusan pulau di Sungai Kelantan. Untuk ke sini perlu naik bot penambang dan memang itu sahaja laluan yang ada iaitu laluan air. Penduduk kampung kat sini keluar ke Pekan pun memang naik bot.

Pulau Seratus terletak di dalam Jajahan Tumpat, Kelantan dan antara destinasi percutian yang masih lagi “dara” dan belum diterokai oleh orang. Kan dah jadi trend sekarang nak pergi ke tempat yang belum terkenal atau unknown. Untuk ke Pulau Seratus boleh ke Pengkalan Kok Majid yang mengambil masa 20 minit daripada Kota Bharu atau boleh juga ke Pengkalan Kuala Baru. Caj bot penambang murah ja dalam RM1-2 ringgit jer seorang sehala.

DCIM100GOPROGOPR3862.

Di Pulau ni ada banyak aktiviti antaranya boleh berbasikal dan menaiki kayak menusuri Sungai Kelantan. Feeling ala-ala film Bunohan.

papabolico's Bucket di Photobucket.com
papabolico’s Bucket di Photobucket.com

Kat sini juga ada sebuah restoran yang super duper sedap dan segar makanan lautnya. Boleh try Kerabu Umbut Nipah yang memang rare dah sedap nak mampos. Udang dia punya lah besar sampai tak habis seorang makan tapi tetap juga lembut dan segar.

SONY DSC

Paling kena cuba “tuak” atau nira Nipah. Ini memang femes lah kat sini. Kena pula baru lepas aktiviti berbasikal letih kena lah minum Tuak.

SONY DSC

Kalau ada kesempatan dicadangkan pergilah melihat perusahaan tempatan yang banyak di Pulau Seratus. ada orang buah kuih kepet atau dikenali sebagai Kuih Kapit. Ada juga dodol. Recommended lah kalau nak beli buat buah tangan lagipun dapat membantu penduduk Pulau Seratus yang menjual produk di sini.

Anda juga boleh ke Pekan Tumpat yang sangat cool. Ada banyak benda boleh explore kat sini. Masyarakat kat sini pun baik-baik. Paling tidak boleh pergi tengok perusahaan buat kerepok Lekor. Tapi jangan lupa untuk lihat seni bina masyarakat Melayu Kelantan yang dipengaruhi elemen Siam dan hanya di Pulau Seratus, Tumpat, Kelantan.

SONY DSC

SONY DSC

So sebenarnya Pulau Seratus ni adalah sebuah pulau yang akan menjadi syurga bagi semua daripada geng nature kepada sukan lasak hinggalah yang suka damai-damai. Syurga untuk semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *