Pecah Rahsia Lubuk Bundle Murah di Kemboja!

Pecah Rahsia Lubuk Bundle Murah di Kemboja!

Sepasang suami isteri ini telah berkongsi rahsia mautnya untuk mendapatkan barang bundle dengan harga yang murah di Kemboja. Bukan setakat tu jer mereka juga berjaya menjual barang bundle hanya di Car boot sale dan memperolehi jualan sebanyak RM2 Ribu! Melancong tapi dapat duit! Selalu melancong menghabiskan duit.

Kami kongsikan untuk pedoman anda semua hahahhha

14615639_135276720272077_2416711128906841525_o
Perjalanan kami ke sempadan Thailand dan Kemboja, Aranyaphratet. Ada yang kata, jangan share kisah kami ni. Nanti pecah rahsia. Masalahnya, ni bukan lagi rahsia, dunia dah di hujung jari, dah berlambak orang tahu. Kita kena ingat, ilmu perlu dikongsi, mana tahu, siapa yang baca ni akan jadi tokei bundle berjaya satu hari nanti. (Tapi ingat jangan lupa zakat ye!)
Tak pernah terlintas kami akan ke sini, boleh dikatakan lokasi pecah guni terbesar di Asia Tenggara, selalu dengar orang cerita, tapi ceritanya menakutkan dan membuatkan orang tak berani nak pergi. Kami takkan berjaya sampai sini tanpa doa arwah emak Farid Alwi, dan emak saya Suzana Suhaimi. Kalau tak, tak mungkin kami berjaya jual lebih daripada 300 pasang kasut bundle berjenama selama satu bulan di car boot sale Temerloh. (Sekarang, rehat dulu!)
Kalau korang ada jiwa yang kental, tak kuat merungut, positif selalu,dijamin lepas! dijamin berjaya untuk melalui kejutan budaya ni. Bangkok-Aranyaphratet, naik keretapi dengan perjalanan kira-kira 6 jam, tiket RM4 sahaja. Ada tokei bundle yang naik van, atau naik bas, kos dalam RM200 sehinggalah RM30 sekepala. Naik keretapi jimat sangat-sangat. Masa mula-mula nak pergi, kami hanya tahu nama Aran..aran…aran…tempat bundle….orang asyik sebut, tapi nak ke sana, tak tahu macam mana. Naik van memang taklah, bukan backpackers ok. Haha!

14711237_135277093605373_8836962408187725906_o
Buka blog, ada satu je kisah mamat ni, dia nak ke Kemboja, naik keretapi ni, aku pun survey. Alhamdulillah rupanya memang ada dalam dunia ni keretapi dengan tiket berharga RM4, ke sempadan Kemboja pulak tu.
Tokei-tokei bundle yang kami jumpapun terkejut dengan kisah keretapi tu!


Percaya atau tak, kami jumpa semua tokei bundle power-power. Dari KL, dari Kelantan, dari Terengganu, dari Johor, dari Kedah.

14712633_135276713605411_2858612085244869781_o
14753837_135277106938705_2239729355588060513_o 14753429_135276736938742_6575371003945020131_oAranyaphratet, salah satu ‘syurga dunia’ bundle. Nak cerita memang panjang. Tapi kami dah sampai dan akan sampai lagi nanti!!!!!

Dosomething.com.my: So tunggu apa lagi cepat lah jadi seorang traveller sejati!

Credit: Gambar dan story milik Nadiah Zamlus sepenuhnya! Terima kasih Nadia!

1 Comment


  1. Assalam…. Sy berminat utk niaga bundle ni… Bole kongsi tips ttg berniaga bundle ni?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *