SukaSuka Lake Retreat

SukaSuka Lake Retreat

Anda terfikir untuk lari sekejap dari stress bekerja? Perlukan tempat untuk merehatkan minda? Tak tahu nak ke mana?

SONY DSC
Susana tenang di Sungai Perak

Saya cadangkan SukaSuka Lake Retreat. Tempat ni memang confirm tak ramai yang tahu. Tempat yang terletak 30 minit daripada Pekan Kuala Kangsar ini tak susah untuk cari. Anda perlu cari jalan ke dalam Waze Kampung Kelantan, Sauk. Sampai di sana anda akan jumpa kedai menjual ikan pekasam di tepi jalan. Bersetentangan dengan kedai tersebutlah jalan masuk ke SukaSuka Lake Retreat dan ada signboard Kampung Kelantan. Memang tiada signboard SukaSuka Retreat kerana pemilik merasakan tidak perlu. Jika anda ingin datang, anda pasti akan jumpa. Jalan masuk ni jalan kampung, jangan risau anda hanya perlu masuk terus tanpa perlu belok-belok. Kalau tersesat tanyakan orang kampung, mereka semuanya baik dan ramah.

 

15230718_10211822155060427_2485217338571493571_n

Bila anda nampak titi ini, maknanya anda sudah sampai di SukaSuka Lake Retreat.

Susana di sini sangat mendamaikan. Kami disambut dengan mesra oleh Encik Aziz, pemilik SukaSuka Retreat. Tak sangka rupa-rupanya tempat ini sudah berusia 21 tahun beroperasi. Ada terdapat lebih kurang 10 buah rumah Melayu lama yang dipasang semula di sini. Tempat ini mampu memuatkan seramai 22 orang pada satu-satu masa. Jangan risau kerana bilik air ada di dalam rumah. Menariknya rumah-rumah ini menggunakan tenaga solar untuk lebih “green”. Jika anda rasa datang ke sini untuk main facebook, ig maaflah hanya celcom sahaja yang ada coverage. Yang lain boleh keluar ke pekan. Pihak SukaSuka Retreat tidak menyediakan wifi kerana anda boleh bersembang dengan mereka :-).

15171143_10211822154260407_2818128401057999617_n

15181661_10211822154900423_5999258909621467053_n

Apa aktiviti yang menarik boleh dilakukan dekat sini? Kalau anda fikir ini adalah sebuah tempat untuk bersuka seperti theme park maaf lah anda elok ke Genting atau Tambun atau ke Legoland. Di sini anda akan lebih appreciate nature dan budaya masyakat Melayu. Tinggal di rumah kayu, makan bersila dan pakai kain pelikat.

13775928_10153567142216755_2026132282839259039_n
Mat Salleh cuba main congkak!
13600205_10153533690806755_1035776964424436587_n
Makan budaya bersila memang wajib! Baru rasa duduk kampung

Di sini juga disediakan kayak untuk anda lebih menghargai alam semulajadi. Kayak disediakan dengan bayaran RM 15 sejam. Anda boleh explore Empangan Cenderoh iaitu empangan paling tua di Malaysia. Selain itu ada juga boleh memancing di sini dan ikan-ikannya sangat lah besar!

14556487_10153764059181755_7382126860090537241_o
Ikan Toman! Credit gambar: https://www.facebook.com/SukaSukaLakeRetreat/
14937227_10153812635636755_8973135599972052765_n
Credit gambar: https://www.facebook.com/SukaSukaLakeRetreat/
14991803_10153843682161755_1249536706679606233_n
Credit gambar: https://www.facebook.com/SukaSukaLakeRetreat/

Kalau anda teringin nak hiking boleh juga hiking di bukit berhampiran. Ada banyak bukit di Kuala Kangsar dan salah satunya adalah Bukit Berekeh.

img-20161002-wa0007
Photo credit to https://bedaduz2.blogspot.my
dscn3449
Photo credit to https://bedaduz2.blogspot.my/2016/10/bukit-berekeh-dan-kuala-kangsar-trip.html

Kalau sudah boring di sini anda boleh keluar ke Pekan Kuala Kangsar yang tidak kurang menarik.

SONY DSC
Baitul Anor di sebelah Masjid Ubudiah.
SONY DSC
Masjid Ubudiah yang agung!

Jika anda berminat silalah hubungi Aziz Abd Manaf 016-5312021, atau Asiah Mohd Ridzuan 013-5251177 atau ke facebook SukaSuka Retreat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *