REVIEW: Jawi Peranakan Mansion

REVIEW: Jawi Peranakan Mansion

15284061_10211833811191823_8926459058020968329_n

Teringin nak duduk kat Town di Penang? Tapi tak nak hotel yang padat. Nak kan ketenangan tetapi dekat dengan kemudahan?

Jawi Peranakan Mansion saya kira antara pilihan yang terbaik di tengah kota George Town, Pulau Pinang. Terletak di Jalan Hutton yang hanya mengambil masa 5 minit untuk ke Nasi Kandar Line Clear, 2 minit ke Nasi Kandar Pokok Ketapang dan 4 minit ke Roti Canai Transfer Road…semuanya dekat jer!

14355114_598148290391864_7059303521460026241_n
Photo Kredit to Facebook Jawi Peranakan Mansion
14543845_608422486031111_4044889280584343523_o
Photo Kredit to Facebook Jawi Peranakan Mansion

Jawi Peranakan Mansion hanya mempunyai 10 bilik suites adalah pilihan bagi mereka yang tidak mahu tinggal di hotel yang padat dan ramai orang. Sangat sesuai bagi yang tidak gemar untuk tunggu lama untuk check in.

15241219_10211833811031819_3570119690953863330_n

Senibina Melayu dan Mughal adalah main dalam rekabentuk Rumah Agam ini. Tapi seni bina Melayu boleh dikatakan “mild” kerana pengaruh Munghal lebih ketara kelihatan.

15284829_10211833811871840_1051414011302709546_n

15232057_10211833553105371_5350657036854338831_nLayanan diberikan 5 bintang dengan bantuan helper yang mesra dan cepat serta senyuman yang tak lekang di bibir. Di sini anda akan benar-benar dihargai sebagai tetamu yang membayar. Di sini juga disediakan swiming pool..tapi tak besar sangat cukup sesuai lah dengan kapasiti 10 bilik suite sahaja. Kalau mandi di sini anda akan dapat lihat pemandangan Penang dari kota malah anda juga dapat dengar bunyi motosikal hehehehe.

Jawi Peranakan Mansion menawarkan pengalaman yang berbeza dengan penginapan yang lain. Anda tidak boleh lepaskan peluang jika mampu untuk ke sini!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *