REVIEW: Suka-Suka Lake Retreat, Kuala Kangsar

REVIEW: Suka-Suka Lake Retreat, Kuala Kangsar

15672925_10212161534544702_7540175226224497514_n

Suka-Suka Lake Retreat ni terletak di Kg Kelantan, Kuala Kangsar, Perak. Tempat ni memang terpencil sedikit dan tiada signboard sebab pemiliknya tidak mahu letak signboard. Anda rasa nak datang mesti perlu rasa thrill untuk mencari. Tapi tak susah sebab ada peta untuk ke lokasi tempat ni. Kalau waze cari Kampung Kelantan anda akan jumpa gerai jual ikan pekasam sebelah kiri dan lorong masuk di sebelah kanan. Di bawah adalah peta tempat ini.

directions-to-sukasuka-lake-retreat-kampung-kelantan

Pemilik tempat ini mengenakan caj RM 250 untuk seorang 3H 2M. Caj ini termasuk rumah tempat tidur, makan (sekurangnya 5 kali). Anda boleh makan sepuas hati nak tambah tu tambahlah. Kalau nak duduk 2H 1M pun boleh cuma anda perlu bincang dengan pemiliknya yang sangat awesome!

15672665_10212161534864710_2146095029223216193_n15727170_10212161534904711_3993461068035518562_n

Gambar kat atas ni adalah salah satu rumah untuk menginap. Setiap rumah ada 2 bilik dan bilik air ada dalam bilik. So memang tak berlakulah sharing bilik air. Dalam bilik air ada water heater.  Ada rumah yang ada air cond dan ada yg pakai kipas angin saja. Cuaca di sini malam-malam sejuk tak perlu pun air cond.

15697274_10212161534144692_7816334264713820197_n

Ini ruang untuk melepak atau memancing. Dalam Lake ni ada banyak ikan. So kemungkinan untuk dapat tu ada. Umpan pun boleh pakai roti jer.

15747834_10212161535624729_3277761108892486649_n

Budak-budak pun boleh dapat ikan baung, nanti owner tempat akan bawa untuk goreng atau masak lemak. fuhh!

15780856_10212161535984738_2905688332239140791_n

Kalau anda bukan kaki pancing tak perlu risau anda boleh berkayak kat sini dengan bayaran RM 15. Anda berkayaklah sampai mana yang boleh. Kalau sesat owner akan pergi cari lepas waktu dinner (hehehe)

15741271_10212161536384748_8091494305761947711_n

Sebenarnya berkayak bawa anda melihat dunia dari pandangan level mata yang berbeza. Anda akan lebih dekat dengan alam dan dapat melihat dengan pandangan yang lebih luas. Ini pemandangan dari dalam air ketika berkayak.

15697343_10212161535584728_5899758264037930571_n

Bila malam tempat ini jadi pot. Ada barbeku disediakan dan hidangannya memang sedap gila. Tapi tak ada gambar sebab tak sempat dah baham habis dah.

15672548_10212161535464725_7750190663865258358_n

Bila pagi di sini tempat anda lepak minum kopi sambil menghirup udara pagi. Bagi yang bawa anak-anak dont worry di sini anak-anak anda akan belajar tentang alam lebih dari di kota. Siap boleh main kejar-kejar ayam lagi. Kat KL mana ada ayam.

15697274_10212161534144692_7816334264713820197_n

Sebenarnya susah nak cerita sebab tempat ni memang sesuai untuk retreat. Lari dari kesibukan dan duduk sambil baca buku dan terlelap. Kalau teringin sangat ke sini boleh berhubung dengan pemilik 6016 5312021 AZIZ Abdul Manaf
atau +6013 5251177 ASIAH Mohd Ridzuan. Diaorang memang cool gila!

 

2 Comments


  1. Salaam. Terima kasih atas review Tuan!
    Ada pembetulan sikit. Kami di SukaSuka ni guna ‘natural aircond’ sahaja, bilik tiada satu pun yang gunakan aircond elektrik

    Reply

    1. Ok baik! Terima kasih atas maklum balas tu yer. Apa pun Suka-suka Memang Best!

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *