REVIEW: LA Cafe Sungai Dua

REVIEW: LA Cafe Sungai Dua

Saya tahu pasal kafe ni daripada kawan yang selalu pergi. Dia yang cadangkan sangat untuk merasa di LA Kafe di Sungai Dua ini.

First location: Kafe ni terletak di Kampung Teluk, Sungai Dua. Kalau Keluar daripada highway Utara-Selatan Exit Sungai Dua akan jumpalah kedai makan yang banyak disepanjang jalan ini. Dekat dengan area Char Koew Tiew Sungai Dua yang fames dengan telur di basuh tu.

Kedai ni terletak di sebelah stesyen petrol Petron.Kawasan parking ada disediakan cuma kalau penuh boleh juga parking sebelah petron pun boleh.

Deko Kedai: Kedai cantik luas dan senang duduk. Time kami pergi hujan, ada kawasan yg tak boleh duduk. Ada juga kolam ikan. Di sini ada pondok solat. So sesuailah bagi yg nak datang makan tapi takut lewat solat.

Menu:   Menu di sini agak pelbagai dari nasi goreng, makan berhidang hingga western. Kami pilih western. Makanan cepat dihidangkan dan masih panas. So memang puas hati dengan kepantasan LA Kafe. Waiter pun tak banyak hal, selalu senyum dan sabar menunggu kami oder.

Untuk makanan kami gunakan sistem rate 1-10. Atas pada 5 consider sedap.

Untuk chicken Chop memang kena dgn selera. Ayamnya digoreng crispy, kuahnya tak berapa pedas tapi ada rasa rempah ratus. So kami bagi 7/10

Mash potato sedap. Well recommend. 6/10

Spegetti Cabonara pulak sedap rasa. Tak muak. 7/10

Cadangan Pembaikian

Kawasan Cooker agak bising dgn muzik. Susah nak bercakap sebab muzik kuat ditambah di tepi jalan dengan bunyi kenderaan yang lalu lalang. Mungkin kalau letak lagu yg lebih slow akan membantu mood pelangan.

Secara keseluruhan LA Kafe Sungai Dua must try!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *