REVIEW: Kutip Kutip ABC Kulim Kafe

REVIEW: Kutip Kutip ABC Kulim Kafe

Kulim bukanlah satu pekan yang menjadi tumpuan melainkan anda tinggal di sana. Namun pekan ini tidak asing dengan rantaian kafe dan kedai makan yang sedap-sedap juga. Hari ini kami kongsikan satu kafe di Kulim yang agak unik dan menarik perhatian.

Loaction: Kutip Kutip ABC Kafe terletak di Taman Budiman, Kulim. Dah dekat dengan Petronas Taman Selasih (actually jauh tapi tu jer landmark yang saya dapat fikir)

Deko: Kafe ini menarik dengan gaya oldschool hiasan dalamannya. Pada peminat antik kedai ini bukan sahaja boleh lihat malah boleh beli juga. Kalau ada barang nak jual pun boleh bincang di sini.

Menu dan Makanan: Di sini ada banyak pilihan western food. Kami pilih Chicken Chop dan Meggi Kari. Untuk Chicken Chop sos black papernya pedas! memang power.(6/10 rating kami beri)  Untuk meggi Kari pulak memang sesuailah makan di tengah malam dengan hujan tengah turun renyai-renyai. Layan. (6/10 rating kami beri)

Harga: Harga makanan di Kulim boleh dikatakan relatif murah. Makanan di sini boleh kata affordable lah dan sesuai dengan rasanya.

Cadangan Pembaikian

Sebenarnya deko kedai ini menarik cuma bila terlalu banyak barang jadi semak pulak tengok. Kalau boleh ada rak susun cantik-cantik mungkin lebih menarik untuk pelangan. Apa pun kami well recommended Kutip Kutip ABC Kafe di Kulim.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *